Wednesday, November 08, 2006

Rambut Mahkota Wanita ..kecantikan dari dalam

AlhamdullilLah hamba masih berpeluang untuk menukilkan sepatah dua kata untuk panduan kesihatan dan kecantikan dalam blog ini. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita dengan dibekalkan anggota dan pancaindera. Ketahuilah bahawa sekiranya kita melihat kepada makhluk yang cantik itu menunjukkan kebesaran Allah dan sekiranya kita melihat makluk yang cacat, itu juga menunjukkan kebesaran Allah dimana Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu dalam apa bentuk sekalipun.

Berbalik pada kesihatan dan kecergasan kita, kita hanya berusaha, Allah yang menentukan samada kita dikekalkan dengan kesihatan atau disembuhkan dari penyakit atau dikekalkan dengan kecantikan pancaindera atau anggota badan dan sebaliknya.

Maka hamba bawakan penulisan hamba dalam artikel ini berkenaan keperluan Vitamin untuk kecantikan rambut. Adapun rambut itu adalah mahkota wanita dan tidak layak didedahkan kecuali kepada mahramnya. Manakala vitamin-vitamin yang berfaedah untuk kesihatan dan kecantikan rambut adalan vitamin A dan vitamin C dan vitamin E .

Adapun vitamin A yang seeloknya diambil oleh kaum wanita adalah dalam bentuk Beta-Carotene dimana ianya akan ditukarkan ke vitamin A selepas dimakan (Beta Carotene). Ini adalah memandangkan terdapat kajian tentang masalah bagi terhadap bayi dalam kandungan bagi wanita mengandung dan masalah tulang bagi wanita yang sudah menapouse jika pengambilan vitamin A melebihi dos.

Untuk nasihat jenis Beta Carotene, Vitamin C, Vitamin E yang berkualiti email kepada:
infosihat@gmail.com kerana bukan semua produk sama.

No comments: