Tuesday, October 31, 2006

SALAH SATU KELUARAN TERBAIK DIDUNIA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KESIHATAN ANDA SEKELUARGA

Setelah memahami jenis-jenis vitamin dan cara mempastikan pilihan anda adalah tepat, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mendapat bantuan Consultant kami kerana barangan edaran pihak kami dijamin bermutu tinggi:
a) Telah berada dipasaran selama 50 tahun dan dikeluarkan di Amerika Syarikat yang semestinya mematuhi US RDA.
b) Menjalani kajian bertahun-tahun sebelum dikeluarkan untuk pasaran. Barangan yang dikeluarkan adalah dipastikan selamat.

c) Memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan dalam memilih keluaran yang baik.
d) Barangan natural
e) Terbukti Berkesan
f) Jaminan "Wang Dikembalikan" sekiranya barangan tidak memuaskan hati anda.

Barangan kami meliputi pakej berikut:

1. Program Kesihatan Keluarga

2. Program Kesihatan Kanak-Kanak

3. Program Kecerdasan Minda

4. Program Diet

5. Program Kesihatan Jantung

6. Program Masalah Strok

7. Program Masalah Darah Tinggi

8. Program Masalah Buasir

9. Program Masalah Diabetes

10. Program Kesihatan Ibu Mengandung dan Menyusukan

11. Program Kesihatan Sebelum Perkahwinan

12. Program Masalah Lelah

13. Program Kecergasan Sukan

14. Program Kecantikan Dan Keanggunan Diri

15. Program Kesihatan Bakal Jemaah Haji dan Umrah

Dan lain-lain lagi. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada konsultant kami.

Minta bantuan Consultant anda sekarang!
Emailkan kepada:
infosihat@gmail.com
Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.



Jika anda ingin order barangan sila nyatakan barangan yang diperlukan. Pihak kami akan memaklumkan tentang harga barangan yang berkenaan serta cara pembayaran. Barangan akan dihantar terus ke rumah anda dengan Pos Laju selepas pihak kami mengesahkan menerima bayaran

LIHAT PADA LABEL: 5 CARA PENTING MENENTUKAN VITAMIN YANG BAIK

Secara umumnya para saintis telah mengenal pasti beberapa perkara penting didalam menentukan hasil keluaran sesuatu syarikat itu adalah product yang bermutu tinggi. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Periksa Label Bagi Produk Multi-Vitamin dan Mineral: Pastikan semua 19 nutriens yang diperlukan dalam U.S RDA terdapat didalam label.

2. Pastikan kesemua 8 vitamin B yang dibekalkan memenuhi 100% US RDA.

Perbandingan diantara satu-satu jenis dari 8 vitamin B seharusnya tidak melebihi 500%.
Sebagai contoh sekiranya komposisi RDA vitamin B adalah 5 % bagi biotin dan 500% thiamine, kita dapat pastikan multi-vitamin itu tidak mengandungi kelapan-lapan vitamin B. Kenapa? Jawapannya mudah, biotin adalah sejenis vitamin B yang amat mahal!



3. Pastikan Biotin dan Folic Acid dibekalkan sebanyak 100% US RDA.Kedua-dua vitamin ini amat mahal. Sekiranya pengeluar meninggalkan kedua vitamin ini atau hanya memberikan sedikit sahaja didalam keluaran mereka, kita yang akan menanggung kesannya.

4. Pastikan kandungan Copper dan Zink adalah balance.

Ratio yang sepatutnya adalah 1:1. Kedua-duanya perlu 100% US RDA.


5. Pastikan Multivitamin membekalkan jumlah kalsium dan magnesium yang secukupnya.
Kedua-dua mineral ini sukar untuk dimampatkan kedalam satu tablet. Setengah pengeluar mengambil jalan mudah dengan menyenaraikan salah satu atau sedikit sahaja kalsium dan magnesium.

Selamat mencuba!




Inginkan nasihat daripada Consultant anda tentang tips kesihatan dan produk?:
Emailkan kepada:
infosihat@gmail.com

Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.


MENGAPA PENGAMBILAN MAKANAN KESIHATAN AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

Secara umumnya kita telah memahami kenapa makanan tambahan (supplement) dan vitamin perlu diambil oleh kita dalam kehidupan serba moden dan mencabar ini. Antaranya adalah seperti berikut yang menyebabkan kita TIADA PILIHAN lagi dan amat perlu untuk mengambil makanan tambahan yang tepat:

1. Kita menyaksikan didepan mata kita hari ini peningkatan kes-kes penyakit berkaitan diet seperti berikut:
  • Serangan Jantung
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Kanser Atritis dan Osteoporosis

2. Kehidupan moden yang membawa kepada cara hidup yang tidak sihat:
  • Peningkatan pengambilan makanan ringan dan makanan segera
  • Kurang senaman
  • Stress

3. Cara pemerosesan , penyediaan, dan simpanan makanan yang menyebabkan kehilangan nutrien
  • Memasak terlalu lama
  • Simpanan sejuk beku yang terlalu tinggi dan lama
  • Menggunakan minyak masak yang telah digunakan berulang-ulang


4. Pencemaran Kimia
  • Semasa menanam
  • Semasa menuai
  • Pencemaran air dan udara

Oleh itu pemilihan produk makanan tambahan yang tepat HARI INI adalah amat kritikal bagi menjamin kesihatan anda ditahap optima di tahun-tahun yang akan datang. Pastikan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan anda diperolehi dari produk yang tepat.

Inginkan Khidmat Nasihat Percuma Daripada Consultant kami?
Emailkan kepada:
infosihat@gmail.com

Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.


Vitamin dan Makanan Tambahan Yang Baik Untuk Anda

Ramai diantara kita yang memilih vitamin dan makanan tambahan tanpa memahami jenis-jenis dan fungsi sebenar vitamin dan makanan tambahan yang dibeli itu. Kita merasakan semua vitamin yang ada dipasaran adalah sama walaupun berlainan brand. Kita jarang membuat perbandingan komposisi yang terdapat di dalam satu-satu jenis vitamin dan biasanya memilih jenama yang murah kerana kurang memahami komposisi nutrien yang terdapat didalam satu-satu makanan tambahan itu. Untuk panduan bersama diperturunkan sedikit sebanyak perbezaan antara beberapa jenis vitamin dan makanan tambahan:

a) Natural(Semulajadi) Vs. Synthetic (Buatan)

Kita seharusnya faham bahawa terdapat vitamin/makanan tambahan yang dihasilkan secara semulajadi dari bahan-bahan asli dan terdapat juga vitamin yang dihasilkan didalam makmal menggunakan kaedah-kaedah sains. Sebagai contoh Vitamin C yang natural mengandungi "co-factor" yang dipanggil "bioflavinoids". Terdapat juga pengeluar membuat dakwaan produk mereka walaupun tidak mengandungi "co-faktor" didalam produk mereka. Hasil kajian pakar-pakar pemakanan vitamin/makanan tamabahan semula jadi secara jelas adalah lebih baik dan mudah diserapkan oleh badan kerana sifat semulajadinya itu.


b) Keseimbangan kandungan nutriennya
Keseimbangan komposisi sesuatu nutrien amat penting dalam memastikan vitamin/makanan tambahan yang diambil itu digunakan secara optimum oleh badan kita. Sebagai contoh bagi pil kalsium keseimbangan dengan magnesium amat penting bagi menjamin ianya dapat diserap oleh badan.



c) Kandungan nutrien dan hargaKita seharusnya faham kandungan bahan-bahan bagi sesuatu jenama adalah tidak sama dan setengahnya sama tetapi mempunyai kandungan sesetengah vitamin yang kurang bagi menjadikan harganya lebih murah. Sebagai contoh, Biotin adalah salah satu bahan yang amat mahal dalam industri makanan tambahan. Sesetengah pengeluar membuang terus kandungan biotin dalam produk makanan kesihatan mereka bagi membolehkan mereka menjual produk dalam harga yang rendah.

Dapatkan maklumat lanjut dan bantuan daripada consultant anda:

Emailkan kepada: infosihat@gmail.com

Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.




Tanda Tanda Umum Masalah Kesihatan

Sebagai insan yang prihatin terhadap kesihatan kita sehari-hari panduan berikut boleh dijadikan rujukan untuk menilai tahap kesihatan kita.


1. Kurang bertenaga dan masalah cepat letih
2. Berat badan berlebihan / berkurangan
3. Gusi berdarah
4. Sakit kepala / pening kepala
5. Mudah calar / lebam
6. Penghadaman yang kurang baik, gastrik, uluran
7. Sukar untuk bangun tidur
8. Selalu Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan / minuman yang manis
10. Gugup / gementar / sedih
11. Kekeringan mata : terasa pedih/ berpasir apabila berada di bawah kipas angin
12. Kuku berpecah
13. Kebas tangan / kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sengal/sengal badan
16. Bahu / lengan kaku (sukar digerakkan)
17. Sembelit
18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
19. Keguguran Rambut
20. Kerap mengambil pil penahan sakit
21. Selalu selsema
22. Nafas berbau

Sekiranya terdapat tanda-tanda diatas bermakna
kesihatan anda sedikit sebanyak terjejas dan memerlukan pemakanan tambahan yang betul.

Dapatkan nasihat tentang pemakanan tambahan daripada consultant anda:
Emailkan kepada:
infosihat@gmail.com
Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan.

Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.

Monday, October 30, 2006

3 Formula Penting Untuk Kesihatan

Bagi menjamin kesihatan yang baik terdapat tiga formula penting:

1) Apa yang kita makan

Kesihatan kita amat bergantung dengan apa yang kita makan. Jika kita memakan makanan yang berkhasiat yang mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan kita bermakna kita telah berjaya melakukan 1/3 daripada perkara-perkara yang boleh menjamin
kesihatan kita. Namun begitu, dizaman yang moden ini kita tidak dapat menjamin makanan yang kita makan sehari-hari betul-betul memenuhi keperluan tubuh badan kita. Kehidupan yang stress dan tabiat makan diluar lebih-lebih lagi makanan segera yang mengandungi lebihan garam, gula, minyak,kolestrol, msg dan sebagainya serta cara penyediaan makanan yang boleh menghilangkan nutrien yang terkandung di dalam makanan boleh memberikan kesan kepada kesihatan kita samada jangka panjang atau jangka pendek. Kita kan bincangkan secara lebih lanjut lagi berkenaan topik ini.


2) Apa yang kita minum

Selain apa yang kita makan, apa yang kita minum juga boleh memberi kesan pada kesihatan kita. Jumlah kuantiti air yang diminum setiap hari amat penting dalam menjaga kesihatan kita. Doktor menyarankan kita meminum antara 8~10 gelas air setiap hari. Didalam Islam jelas mengharamkan minuman keras kerana kesan buruknya melebihi dari kesan baiknya jika ada sekalipun. Disamping itu, kualiti air yang kita minum juga boleh membawa kesan kepada kesihatan kita.

3) Apa yang kita lakukan

Tindakan kita seharian amat memberi kesan kepada kesihatan kita. Sekiranya kita hidup dalam keadaan stress yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan. Ditambah lagi dengan ketagihan rokok akan memburukkan lagi kesihatan. Tabiat malas bersenam pula boleh memberikan masalah jantung dan tekanan darah tinggi.


Kita hanya berusaha untuk menjadi lebih sihat.... dengan izin Allah!
SELAMAT DATANG...dan senyum selalu:)
Assalaamu'alaikum dan Selamat Datang ke laman blog SihatCergas, portal kesihatan anda!
Kami prihatin terhadap kesihatan anda dan akan memberikan tips-tips yang berguna untuk kesihatan anda sekeluarga. Disamping itu kami juga akan memberikan perkhidmatan untuk memilih dan mencadangkan produk produk yang dijamin bermutu tinggi dan salah satu yang terbaik di dunia untuk pilihan anda sekeluarga.


Mencegah adalah berkali-kali lebih baik daripada mengubati. Banyak kisah yang kita dengar tentang orang-orang yang telah berjaya mengumpul harta tetapi tidak dapat membelanjakannya seperti yang dikehendaki kerana masalah kesihatan.. lebih teruk lagi hampir kesemua hartanya itu digunakan semula untuk mengubati penyakit atau masalah kesihatan yang mereka abaikan semasa dalam proses mengumpul harta. Bersyukurlah atas nikmat kesihatan yang diberikanNya kepada kita... pandai-pandailah menjaganya.


Kami faham masa anda terbatas jadi sekali lagi Selamat Datang dan selamat melayari blog ini dan berkongsi tips kesihatan anda ini. Buatlah macam rumah sendiri:)


Disclaimer:
Laman web ini dibangunkan untuk maklumat dan panduan semata-mata. Sekira tuan/puan menghadapi apa-apa masalah kesihatan, pihak tuan/puan hendaklah merujuk kepada pihak doktor.


Laman web/blog ini juga dibangunkan oleh pihak individu tidak ada kena-mengena atau mencerminkan pandangan mana-mana pihak atau syarikat . Pihak kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan pihak tuan/puan akibat daripada melayari atau mencuba apa-apa maklumat yang terkandung di laman