Thursday, November 02, 2006

KECANTIKAN DAN KEANGGUNAN DARI DALAM

Majoriti kaum wanita sukakan kecantikan diri dan keanggunan. Tidak kurang juga kaum laki-laki yang gemar menjaga ketampanan dan penampilan diri.

Salah satu kunci bagi mencapai perkara di atas adalah dengan menjaga pemakanan. Keadaan diri kita adalah apa yang kita makan. Orang-orang dahulu menjaga kesihatan dan penampilan diri dengan mengamalkan pemakanan makanan/tumbuhan tertentu. Mereka mengetahui khasiat sesuatu makanan atau tumbuhan tertentu mengikut petua turun-temurun tanpa mengetahui nutrient, zat, atau kandungan anti-oxidant dalam makanan tertentu.

Mengikut kajian moden hari ini nutrien-nutrien berkenaan telah dikenal pasti dalam bentuk makanan tambahan dan vitamin yang mengandungi komposisi nutrien dan anti-oxidan tertentu yang diperlukan oleh badan kita.

Kami ingin mencadangkan kepada anda makanan tambahan yang boleh membantu bagi kecantikan dari dalam (insya Allah akan dihuraikan lebih lanjut nanti);

a) Kecantikan Kulit
b) Kecantikan Rambut
c) Kerampingan badan
d) Kecerdasan Minda

Selain itu tidak lupa juga kecantikan dari dalam adalah secara mengawal dan menjaga hati kita. Jauhi sifat-sifat mazmumah yang dicela seperti mengumpat, memaki, sombong, riya’, bangga diri dan sebagainya.

Amalan-amalan membaca ayat suci Al_Quran, sembahyang malam dan sebagainya juga boleh menjernihkan hati dan wajah kita.

Minta bantuan Consultant anda sekarang!Emailkan kepada: infosihat@gmail.comSegala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda

No comments: