Ramai diantara kita yang memilih vitamin dan makanan tambahan tanpa memahami jenis-jenis dan fungsi sebenar vitamin dan makanan tambahan yang dibeli itu. Kita merasakan semua vitamin yang ada dipasaran adalah sama walaupun berlainan brand. Kita jarang membuat perbandingan komposisi yang terdapat di dalam satu-satu jenis vitamin dan biasanya memilih jenama yang murah kerana kurang memahami komposisi nutrien yang terdapat didalam satu-satu makanan tambahan itu. Untuk panduan bersama diperturunkan sedikit sebanyak perbezaan antara beberapa jenis vitamin dan makanan tambahan:
a) Natural(Semulajadi) Vs. Synthetic (Buatan)
Kita seharusnya faham bahawa terdapat vitamin/makanan tambahan yang dihasilkan secara semulajadi dari bahan-bahan asli dan terdapat juga vitamin yang dihasilkan didalam makmal menggunakan kaedah-kaedah sains. Sebagai contoh Vitamin C yang natural mengandungi "co-factor" yang dipanggil "bioflavinoids". Terdapat juga pengeluar membuat dakwaan produk mereka walaupun tidak mengandungi "co-faktor" didalam produk mereka. Hasil kajian pakar-pakar pemakanan vitamin/makanan tamabahan semula jadi secara jelas adalah lebih baik dan mudah diserapkan oleh badan kerana sifat semulajadinya itu.
b) Keseimbangan kandungan nutriennya
Keseimbangan komposisi sesuatu nutrien amat penting dalam memastikan vitamin/makanan tambahan yang diambil itu digunakan secara optimum oleh badan kita. Sebagai contoh bagi pil kalsium keseimbangan dengan magnesium amat penting bagi menjamin ianya dapat diserap oleh badan.
c) Kandungan nutrien dan hargaKita seharusnya faham kandungan bahan-bahan bagi sesuatu jenama adalah tidak sama dan setengahnya sama tetapi mempunyai kandungan sesetengah vitamin yang kurang bagi menjadikan harganya lebih murah. Sebagai contoh, Biotin adalah salah satu bahan yang amat mahal dalam industri makanan tambahan. Sesetengah pengeluar membuang terus kandungan biotin dalam produk makanan kesihatan mereka bagi membolehkan mereka menjual produk dalam harga yang rendah.
Dapatkan maklumat lanjut dan bantuan daripada consultant anda:
Emailkan kepada: infosihat@gmail.com
Segala butir-butir dan masalah anda akan dirahsiakan. Pihak consultant kami akan memberikan maklumat-maklumat dan tips dan cadangan pemakanan tambahan yang baik kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment