Sunday, January 07, 2007

Selamat Tinggal Penurunan Berat Badan YO-YO

Fokus utama program penurunan berat badan sepatutnya adalah untuk kesihatan. Oleh itu barangan yang selamat dan berkesan sepatutnya menjadi pilihan pengguna.

Hasil kajian terkini, terdapat produk yang dihasilkan untuk tujuan penurunan berat badan dan menjaga kesihatan:
a) Membakar Lemak
b) Mengekalkan muscle
c) Mengurang/menghilang inchi-inci yang tidak dikehendaki

Perlu juga kita ketahui kepentingan mengekalkan muscle untuk kadar metabolisme yang tinggi. Apabila penurunan berat badan tidak mengambil kira faktor muscle dan nutrien yang diperlukan oleh badan, penurunan berat badan akan menjadi yo-yo... turun dan naik balik secara mendadak. Kenapa? Kebanyakan orang tidak dapat bertahan untuk berlapar kerana badan memerlukan nutrien.

Selamat tinggal penurunan berat badan Yo-Yo.

Barangan ini akan dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Januari 2007. Untuk mendapat sedikit maklumat anda boleh melayari website (untuk pasaran USA) http://www.cinchplan.com

Untuk keterangan lanjut tentang barangan email kami di infosihat@gmail.com Barangan akan dihantar melalui courier.

Wednesday, November 22, 2006

MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Assalaamu’alaikum!

AlhamdulilLah bertemu lagi kita di blog ini. Seperti yang kita sedia maklum risiko masalah penyakit jantung adalah berkait secara langsung dengan kadar kolestrol didalam darah kita. Oleh itu tuan/puan sekelian, cubalah buat ujian darah di farmasi. Klinik, atau laboratory untuk menyemak kadar kolestrol dalam darah kita (ambil bacaan profil lipid darah).

Terdapat dua jenis kolestrol dalam darah kita:

a) Kolestrol HDL (dikenali kolestrol baik)
b) Kolestrol LDL (dikenali kolestrol jahat/buruk)

c) Serta Trigliserida (kandungan lemak)

Oleh itu focus kita adalah untuk meningkatkan HDL dan menurunkan LDL serta trigliserida.

Ok… boleh kita mulakan sekarang? Ingat matlamat kita sekarang adalah untuk menurunkan kadar kolestrol, dan semestinya meningkatkan HDL (baik) dan mengurangkan LDL (buruk) serta trigliserida (lemak).

Mula-mula: Ambil bacaan profil lipid darah anda) dan dapatkan nasihat doctor! Semestinya nasihat yang pertama (jika tiada masalah jantung) adalah BERSENAM. Hmmmmm…. Susah bukan? He he he….. tapi inilah hakikatnya …. Bersenam boleh meningkat HDL ..ingat..kolestrol baik!

Seterusnya …turunkan berat badan ke paras normal! Ini juga boleh meningkatkan HDL. Anda akan nampak lebih tampan dan anggun… tak nak ker? He he he. .... dan jangan lupa kurangkan makanan berminyak /daging merah.

Seterusnya makan ikan air dingin sepetri makerel, haddock, ankovi…… ada ke jual?Boleh ke makan banyak-banyak? Keperluan sebenar adalah EPA (asid eicosapentaenoic). Ianya membantu untuk meningkatkan HDL dan mengurangkan trigliserida.

Seterusnya BERHENTI merokok!

Ok… seterusnya kita mengambil langkah mengambil makanan tambahan:

1) Gentian Larut (Fiber)

Gentian larut yang baik seharusnya mengandungi empat gentian: pectin, sekam psilium, guar, gum kacang belalang! Sesudu besa gentian ini mengandungi gentian larut sebanyak 20 keping roti gandum penuh, enam biji epal, atau tiga mangkuk setengah sarapan oat! Boleh ke anda telan 20 keping roti atau 3 mangkuk oat? Hehe…

Tujuannya adalah untuk memerangkap kolestrol.

2) Multivitamin dan Minerals

Sememangnya perlu diambil!

3) EPA (Asid Eikosapentaenoik)

Kami bekalkan dalam bentuk Omega –3. EPA membantu melarutkan bekuan-bekuan (fibrinolisis) sebelum menjadi bekuan sebenar yang boleh mengancam nyawa.

4) Vitamin E

Amat-amat penting!

5) Vitamin C

6) Beta Carotene

7) Kalsium

8) Bawang Putih

9) Alfalfa

10) Protein Soya

11) B Complex

12) Lecithin


Cabar diri anda untuk menurunkan kolestrol dalam masa 4 minggu!

Untuk keterangan lanjut untuk mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi dan telah menjalani beribu kali ujian serta berada lebih 45 tahun dipasaran serta menepati US RDA sila email kepada kami:

infosihat@gmail.com









Saturday, November 11, 2006

Susu Badan Berkualiti

Anak-anak kita 5 orang semua breast feeding. Bila jumpa doktor pakar kanak-kanak untuk imunisasi dia akan timbang baby tu.... dan selalu komen ... anak kita antara yang paling sihat yang jadi patient dia... satu lagi komen dia .... wow susu mama memang ber mutu tinggi..... 100% breastfeeding ..berat baby ikut graph. .....Alhamdulilllah.

Rahsianya diamalkan pemakanan kesihatan seperti berikut:
Instant protein
Multivitamin
Vitamin C
B Complex
Iron
Calcium Magnesium

Jadi bagi ibu-ibu atau bakal ibu berusahalah untuk breasfeed baby kita tu. Kalau tak ada masa, cubahlah perah susu dan masukkan dalam botol, simpan dalam fridge suruh sapa-sapa yang jaga baby tu feed baby dengan susu badan.

Satu lagi kalau kita amalkan breastfeeding, lambat subur balik...so secara natural boleh jarakkan kehamilan.

Jika perlukan barangan diatas sila email saya di infosihat@gmail.com kerana bukan semua jenama sama. Boleh diuruskan penghantaran dengan courier.

Pemakanan Ibu Mengandung

Penjagaan pemakanan sebelum, semasa mengandung, dan selepas mengandung (menyusukan) amat penting bagi perkembangan dan kesihatan bayi dan ibu sendiri.

Apabila dinasihatkan oleh doktor supaya makan banyak-banyak, kena tengok juga.... jangan nasiiiii jer,....nanti gemok jer....kena makanan berkhasiat yang seimbang seperti nasi, sayur..seeloknya sayur bayam, limpa, daging, makanan berserat, telor , ikan dan sebagainya. ..pastu minumlah susu untuk wanita hamil.

Ditambah lagi makanan tambahan:
1) protein
2) multivitamin
3) vitamin C
4) B-complex plus folic
5) iron calcium magnesium with phosporus and vitamin D

Kesemua makanan diatas penting bagi kesihatan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan. Sekiranya ingin menambah vitamin A seelok-eloknya ambil Beta Carotene.

Bersyukurlah apabila kita dikurniakan zuriat oleh Allah Ta'ala. Allah maha berkuasa dalam penciptaan dan pembentukan bayi dalam kandungan ibu.

Kesemua barangan diatas boleh didapati melalui kami dan penghantaran melalui pos boleh diuruskan. Email: infosihat@gmail.com

Friday, November 10, 2006

Kulit Yang Cantik Berseri..dari dalam

Salah satu punca kulit bermasaalah adalah kerana pemakanan yang tidak seimbang. Kaffein berlebihan (dari kopi) juga boleh memburukkan lagi keadaan terutama bagi kulit yang kering. Oleh itu pengambilan lebih sayuran dan buahan boleh membantu mengatasi masalah kulit.

Dari segi pemakanan antara nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A (lebih baik dalm bentuk Beta Carotene), protein , zinc dan sebagainya.

Walaubagaimanapun untuk mencapai kesihatan yang lebih baik (termasuk kulit) perlulah kita menjaga kesihatan badan juga maka disarankan juga pengambilan Multivitamin.

Pihak kami ada membekalkan produk-produk di atas (sudah 50 tahun dipasaran) dan pihak kami boleh menguruskan penghantaran secara pos kepada anda.

Barangan yang disyorkan seperti berikut:

1. Instant Protein
2. Multi Vitamin and Minerals
3. Beta Carotene
4. Zinc
5. Vitamin C
6. Vitamin E

Tempahan secara package (1~6) atau pilihan barangan di atas. Sekiranya tuan/puan berhajat untuk mendapatkan barangan diatas daripada kami, kami akan berikan senarai harga untuk rujukan anda. Perlu diingat bukan semua barangan dipasaran mempunyai kualiti yang sama.

Semoga kita semua diberikan kesihatan oleh Allah Ta'ala. Apabila melihat kulit kita ni sama-samalah kita beringat tentang perbuatan dan amalan kita didunia ini kerana kulit kita akan menjadi saksi di akhirat kelak tentang perbuatan kita didunia ini. Mulut akan dikuncikan dan kulit yang akan berkata-kata atau menjadi saksi. Kalau ada ustaz-ustaz yang terbaca tulisan hamba ini, tolong tegur jika ada penulisan tidak menepati kehendak agama kita kerana hamba tidak ariff dan mempunyai ilmu yang amat sedikit.

Untuk nasihat jenis Beta Carotene, Vitamin C, Vitamin E , Multivitamin, Protein dan sebagainya yang berkualiti email kepada:
infosihat@gmail.com kerana bukan semua produk sama.

Wednesday, November 08, 2006

Rambut Mahkota Wanita ..kecantikan dari dalam

AlhamdullilLah hamba masih berpeluang untuk menukilkan sepatah dua kata untuk panduan kesihatan dan kecantikan dalam blog ini. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita dengan dibekalkan anggota dan pancaindera. Ketahuilah bahawa sekiranya kita melihat kepada makhluk yang cantik itu menunjukkan kebesaran Allah dan sekiranya kita melihat makluk yang cacat, itu juga menunjukkan kebesaran Allah dimana Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu dalam apa bentuk sekalipun.

Berbalik pada kesihatan dan kecergasan kita, kita hanya berusaha, Allah yang menentukan samada kita dikekalkan dengan kesihatan atau disembuhkan dari penyakit atau dikekalkan dengan kecantikan pancaindera atau anggota badan dan sebaliknya.

Maka hamba bawakan penulisan hamba dalam artikel ini berkenaan keperluan Vitamin untuk kecantikan rambut. Adapun rambut itu adalah mahkota wanita dan tidak layak didedahkan kecuali kepada mahramnya. Manakala vitamin-vitamin yang berfaedah untuk kesihatan dan kecantikan rambut adalan vitamin A dan vitamin C dan vitamin E .

Adapun vitamin A yang seeloknya diambil oleh kaum wanita adalah dalam bentuk Beta-Carotene dimana ianya akan ditukarkan ke vitamin A selepas dimakan (Beta Carotene). Ini adalah memandangkan terdapat kajian tentang masalah bagi terhadap bayi dalam kandungan bagi wanita mengandung dan masalah tulang bagi wanita yang sudah menapouse jika pengambilan vitamin A melebihi dos.

Untuk nasihat jenis Beta Carotene, Vitamin C, Vitamin E yang berkualiti email kepada:
infosihat@gmail.com kerana bukan semua produk sama.

Saturday, November 04, 2006

Merokoklah.....

Merokoklah .....
Kerana ia akan menyebabkan tekanan darah naik...
Merokoklah.....
Kerana ianya tabiat 'baik' yang 'senang' dihentikan....
Merokoklah....
Kerana ia boleh menyumbang kepada kanser, sakit jantung, stroke, kegagalan buah pinggang
Kalau belum cukup lagi...merokoklah...kerana ia boleh menyebabkan kulit tambah berkedut dan kulit yang kurang menarik secara segera....

Bagi seorang pesakit darah tinggi.....bayangkanlah jika terus merokok..... bayangkan segala toxic dari rokok itu mula menekan salur darah arteries dan capillaries ....dan mengganggu metabolisma ... bayangkan...... jantung mula bekerja lebih keras....

Apabila..tekanan darah amat tinggi.... urat2 di otak mula mengembang....dan pecahhhh...lalu orang kata si foolan kena stroke... bila jantung berhenti berdenyut..orang kata si folan kena heart attack

Isshh..ishhh merapu pulak hari ini.... memang kalau dah ajal akan mati ... tapi cukupkah amalan kita .... bersediakah kita untuk hari "itu" .... sanggupkah kita menjadi orang yang dalam kerugian..

Tentang hukum merokok pula ada ulamak yang berpendapat haram dan ada yang berpendapat makruh... tanyalah orang yang lebih arif

Pada cara hidup zaman moden ini, orang yang sihat pun perlu mengambil makanan tambahan.... perokok apa lagii...terutama Vitamin C

Untuk nasihat jenis Vitamin C yang berkualiti email kepada: infosihat@gmail.com kerana bukan semua produk sama.

Kami membekalkan Vitamin C yang bermutu tinggi serta penghantaran melalui pos ke rumah anda. Sebotol Vitamin C mengadungi 180 biji tablet (untuk 180 hari atau 6 bulan!) . Sebiji vitamin C melebihi kandungan Vitamin C bagi 7 biji oren ! Jimat dan Sihat!

Keterangan lanjut/order ...email kami di infosihat@gmail.com